Pertandingan menkiub Dendam_Rubik

Acara-acara Dendam Rubik

Selain daripada penyelesaian biasa, Persatuan Kiub Dunia juga mengadakan acara menyelesaikan Dendam Rubik dengan menutup mata.

Sama seperti acara penyelesaian tutup mata bagi Kiub Rubik, peserta-peserta acara penyelesain tutup mata Dendam Rubik mula-mula memeriksa kiub yang telah dicampurkan (melihatnya sebelum menutup mata), kemudian menutup mata mereka sebelum membuat pergerakan pada kiub. Masa yang dikira untuk acara ini bermula apabila peserta memeriksa kiub dan berakhir apabila kiub telah diselesaikan. Pemenang acara ini ditentukan oleh purata masa daripada tiga penyelesaian.

Rekod Dunia

Penyelesaian biasa

Rekod dunia bagi masa penyelesaian biasa terpantas dimiliki oleh Sebastian Weyer dari Jerman dengan masa 17.42 saat di pertandingan Danish Open 2019.[1]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 21.13 saat di pertandingan SacCubing IV 2018.[2]

Penyelesaian tutup mata

Rekod dunia bagi masa penyelesaian tutup mata terpantas dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan masa 1 minit 6.23 saat di pertandingan OSU Blind Weekend 2019.[3]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga penyelesaian tutup mata terpantas juga dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan purata masa 1 minit 12.55 saat di pertandingan Florida Fall Fest 2019.[4]

Berkaitan